Jan 23, 2010

PRK UIAM. Kenapa Begini?


Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus(PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sudahpun melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa. Tahniah saya ucapkan kepada mereka. Ini adalah kali pertama saya merasai suasana PRK di UIAM. Cuma apa yang sedikit menyedihkan saya adalah PRK di UIAM hanyalah seperti pilihan raya untuk memilih calon MPP di sekolah menengah sahaja bagi saya (maafkan saya).

“Tak  rasa macam pilihan raya pun”, komen salah seorang daripada sahabat saya. Memang benar katanya. Saya terpaksa mengakui bahawa bahang PRK kurang dirasai, malahan hampir tidak dirasai. “PRK? Apa tu?”, “PRK? Bila?”. Dialog-dialog begini masih lagi wujud di kalangan mahasiswa, membuktikan bahawa apa yang sahabat saya utarakan itu adalah tepat. Suasana kempen di UIAM sungguh sepi. Kalau ada pun cuma banner-banner calon yang ‘umpama malukut di tepi gantang’ sahaja. Ada, tapi seolah-olah tiada. Mujurlah ada juga group-group kempen tertentu yang turut bergerak di kuliyyah-kuliyyah. Kalau tidak, saya rasa student UIA tidak akan sedar bahawa tarikh PRK sudah berlalu.

Bukanlah saya mengharapkan berlakunya konfrantasi yang melampau di Taman Budi dan Ilmu ini, tetapi bagi saya, calon-calon yang bertanding walau dari kumpulan mana sekalipun, mereka membawa agenda dan idealisme masing-masing. Seharusnya masing-masing berjuang habis-habisan untuk memastikan mahasiswa UIAM faham dan jelas dengan apa yang ingin dibawa dan seterusnya menobatkan mereka sebagai wakil kepimpinan mahasiswa.

Akan tetapi, melalui pemerhatian saya penggerak-penggerak Pro-Aspirasi seolah-olah seperti siput keletihan, manakala Pro-Mahasiwa pula kelihatan terlalu selesa, terperangkap dalam dunia complaisant mereka, tidak ubah seperti kura-kura dalam cengkerang. Mungkin kerana acap kali menang dalam PRK adalah puncanya (Ini cuma pandangan melalui pemerhatian saya. Boleh jadi salah dan boleh jadi benar)


Dalam masa yang sama saya juga tidak menafikan bahawa dari kedua-dua kumpulan ini ada juga yang bertungkus lumus mempromosikan produk masing-masing. Namun mereka hanyalah golongan minoriti. Bila siput bertemu kura-kura, maka terjadilah seperti apa yang terjadi.

Walaupun saya meletakkan sokongan saya kepada kumpulan Pro-mahasiwa, akan tetapi jauh di sudut hati saya, saya mahu melihat Pro-Mahasiswa tewas pada tahun ini sebenarnya. Biarlah mereka ditarbiah dengan kekalahan dan kegagalan agar selepas ini mereka bangun, mengaum seperti singa di rimba. Seperti bangunnya ramai tokoh-tokoh terkemuka, hasil dari tarbiyah kegagalan dan keperitan.

5 comments:

Anonymous said...

ish...ish...samapi gitu skali.

MENULIS UNTUK BELAJAR said...

Ada benarnya apa sahabat cakapkan itu...apapun bersyukur atas kemenangan pro-Mahasiswa..Alhamdulillah

Mohd Azhar bin Zakaria said...

insyaAllah..Konsep syukur selari dengan proses perubahan dan pengislahn

Anonymous said...

saya bersetuju dgn pendapat ini.. even di kuantan pun berlaku perkara yg sama..

PRK tidak dirasai.. massa masih lagi lemah dlm k-politik..

terfikir juga, apakah yg akn berlaku pada PRU negara apabila sikap tidak peduli dan tidak endah mahasiswa sekarang pada peri pentingnya pemilihan pemimpin apabila mereka telah menjadi graduan?

mungkin peratusan penduduk keluar mengundi juga berkurangan...

Anonymous said...

Sikap unpedulisme ini perlu dikikis... Mahasiswa dan pihak berautoriti perlu bekerjasama kerana mahasiswa bukan 'graduate' untuk menjadi golongan makan gaji semata-mata, tetapi mereka merupakan pewaris pemerintahan negara.