Jan 27, 2009

GENERASI TARBAWI

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Quran sebagai khabar gembira dan peringatan kepada umat manusia. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala nabi, insan mulia yang merintihnya kerana Islam, berjalannya kerana Islam, berperangnya kerana Islam, berdarahnya kerana Islam serta hidup dan matinya kerana Islam dan umat keseluruhan.


Dunia pada hari ini mempertontonkan betapa umat Islam semakin jauh dan terasing daripada Islam umpama terasingnya air dengan minyak,ibarat tidak bersatunya malam dan siang ataupun ibarat campuran cyclohexene dengan air yang akan menghasilkan dua lapisan yang berbeza di akhirnya. Lihat sahaja apa reaksi umat Islam terhadab isu palestin. Respon kita umpama lampu picit, yang hanya berfungsi bila ada bateri dan hilang cahanya bila sudah lama digunakan. Lebih menyedihkan, ada juga yang sudah ‘dibaterikan’ tetapi rupa-rupanya mentolnya pula rosak lantas menyebabkan ia tidak mampu bersinar. (Ish agak-agak orang faham ke tak apa yang aku merepek ni…?? Ahh..persetan itu semua.)


Seorang pendakwah pernah menukilkan bahawasanya Islam dan umatnya akan kembali bersatu dan gemilang dengan dua cara. Dengan berpindahnya iman ke dalam hati orang-orang yang memerintah ataupun dengan berpindahnya pemerintahan ke tangan orang-orang yang beriman. Akan tetapi realiti dan sejarah telah memaparkan kepada kita bahawa jiwa pemerintah sukar di ubah. Lihat sahaja kisah firaun,namrud dan najasyi. Lihat sahaja respon atau reaksi balas terhadap surat Rasulullah yang dikirimkan kepada pemerintah di sekeliling Jazirah Arab.


Oleh yang demikian, yang tinggal hanyalah cara yang kedua iaitu pemerintahan haruslah bertukar tangan kepada orang-orang yang beriman iaitu GENERASI TARBAWI yang percaya,yakin dan faham bahawa Islam adalah aqidah, ibadah, asas perpaduan dan sistem kehidupan yang sempurna. Siapakah generasi tarbawi ini..??


Mereka adalah orang-orang yang [1]mempunyai keimanan yang mendalam terhadap terhadap risalah Islam, keagungan matlamatnya, kesejahteraan jalannya serta janji kemenangannya. Mereka ini [2]hebat fikirnya serta mantap zikirnya kepada Allah, sanggup berkorban, tidak mementingkan diri, sabar, berani, pemurah, ikhlas, serta tidak gentar dan takut dengan risiko,ancaman dan celaan. Siangnya ibarat harimau kelaparan memburu mangsa dan malamnya umpama kekasih yang merindui pasangannya.


Generasi tarbawi sentiasa [3]sedar akan hakikat diri dan realiti. Faham akan peranan dan tanggungjawab sebagai abna al-harakah serta sedar akan hakikat nilai sebuah perjuangan yang sentiasa menagih darah dan keringat, letih dan kesusahan serta tekanan dan kesempitan. [4]Hubungan antara mereka yang didasari aqidah yang satu sentiasa utuh umpama kukuh dan tegaknya Masjid Baiturrahman ketika dilanda tsunami acheh. Mereka adalah generasi warisan ansar dan muhajirin yang sentiasa bersama saat senang mahupun susah.


Dalam jalan dakwah mereka terkenal sebagai [5]engineer dan arkitek yang ghairah dan gigih dalam membina manusia seperti gigih dan kreatifnya nabi Nuh a.s selama 950 tahun menyebarkan risalah suci walaupun ditolak dan ditentang. Daripada mereka, lahirlah penyokong dan pendokong agama Allah yang tidak rela melihat Islam terus menerus berada di bawah. Fikir mereka adalah [6]fikir seorang pemimpin. Bahkan jiwa mereka sentiasa bergelora dengan semangat jihad dan kepimpinan. Mereka sedia dikerah, tetapi tidak sentiasa perlu dikerah. Mampu bergerak tanpa perlu sentiasa disuntik.


Inilah generasi tarbawi yang akan bersama-sama dengan kemenangan Islam. Mereka mulia dengan kemuliaan Islam. Mereka berdiri, duduk, jatuh dan bangun bersama Islam. Siapa pula kita…???

Jan 25, 2009

EPILOG KASIH BUAT KALIAN


Di gelanggang ini,
Kembara kita pernah melakar sejarah,
Pada helaian episod zaman,
Kita pernah mengatur mujahadah nafsilah…dalam hulaqoh zikrullah,
Kita pernah mencari hakikat harga perjuangan…dalam hulaqoh usrah,
Kita pernah melukis warna keinsafan…dalam hulaqoh tazkirah,

Aduhai kuntuman iman…kita masih menghanyut mimpi ke laut opera,
Kita masih menghayun impi ke pentas seloka.,
Kita lupa…..

”Sejarah kita dibunuh,dan senjata Hulago Khan tidak malu mencincang rintihan kota Baghdad…sehingga sungai Furat dan Tigris, menghirut tinta darah dalam lakaran kenangan”

“Sejarah wanita-wanita kita yang disembelih,di gerbang Baitul Maqdis..sehingga darah melimpah ruah membasahi tangisan”

Huh!
Awasilah perubahan masa dan zaman yang akan menjamah kelalaian kita….pada bila-bila masa.

Aduhai kuntuman iman…bangunlah semula!
Bekalkan mahkota ikhlas dalam istiqomahmu…serta maui’zoh hasanah dalam muamalahmu.

Biar…lautan kisah sekali lagi melaung buat dunia,
Bahawa kita masih punya….wira perkasa segagah Salahuddin al-Ayubi atau sehandal Tariq az-Ziyad.
Bahawa kita masih punya….srikandi mulia setabah Masyitah atau sezuhud Fatimah az-Zahra.