Dec 2, 2008

Mereka Yang Luar Biasa

Abu Bakar Al-Siddiq
Menginfaqkan dirinya dan seluruh hartanya untuk perjuangan Islam.
Di Akhirat nanti beliau dipanggil dari lapan pintu syurga.

Umar bin Al-Khattab
Terkenal dengan sifat yang sangat berani.
Sangat di takuti oleh Syaitan.
Banyak wahyu turun bertepatan dengan pandangan beliau.

Uthman bin Affan
Membekalkan logistik untuk tentera Islam dalam Perang Tabuk.
Membeli telaga Rummah untuk diwakafkan kepada kaum muslimin.
Mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap rakaat solatnya.

Ali bin Abi Talib
Terserlah keberaniannya sejak kecil.
Membuka benteng Khaibar.
Membunuh Amru bin Wud dalam Perang Khandak.

Zubair bin Al-Awwam
Luka di setiap bahagian tubuhnya.
sentiasa menyandang pedangnya mengelilingi Rasulullah dalam peperangan sehingga beliau di gelar penolong Rasulullah di syurga.
Merintis jalan ke negara China dengan meninggalkan segala kepentingannya di Madinah.

Hanzhalah
Syahid dalam keadaan berjunub kerana tidak sempat untuk mengangkat hadas dek kerana terus bergegas sebaik sahaja terdengar seruan jihad.
Dimandikan oleh para malaikat.

Saad bin Muaz
Bergegar arasy Allah ketika kesyahidannya.

Begitu banyak lipatan sejarah yang memaparkan kisah-kisah tentang insan luar biasa yang tidak mampu untuk kita coretkan dalam sehari dua. Mereka ini wujud di kalangan sahabat,tabi'in,ulama'-ulama' bahkan di kalangan orang-orang yang tidak pernah di kenali..

Namun luar biasa yang mereka perolehi bukanlah dengan jalan yang mudah lagi tenang, tetapi perjalanan hidup mereka penuh onak dan duri, saban hari merentas gelora, mengharungi liku-liku perjuangan yang sentiasa menagih darah dan keringat...

Rahsia mereka adalah KETAKWAAN kepada ALLAH.