Jan 25, 2009

EPILOG KASIH BUAT KALIAN


Di gelanggang ini,
Kembara kita pernah melakar sejarah,
Pada helaian episod zaman,
Kita pernah mengatur mujahadah nafsilah…dalam hulaqoh zikrullah,
Kita pernah mencari hakikat harga perjuangan…dalam hulaqoh usrah,
Kita pernah melukis warna keinsafan…dalam hulaqoh tazkirah,

Aduhai kuntuman iman…kita masih menghanyut mimpi ke laut opera,
Kita masih menghayun impi ke pentas seloka.,
Kita lupa…..

”Sejarah kita dibunuh,dan senjata Hulago Khan tidak malu mencincang rintihan kota Baghdad…sehingga sungai Furat dan Tigris, menghirut tinta darah dalam lakaran kenangan”

“Sejarah wanita-wanita kita yang disembelih,di gerbang Baitul Maqdis..sehingga darah melimpah ruah membasahi tangisan”

Huh!
Awasilah perubahan masa dan zaman yang akan menjamah kelalaian kita….pada bila-bila masa.

Aduhai kuntuman iman…bangunlah semula!
Bekalkan mahkota ikhlas dalam istiqomahmu…serta maui’zoh hasanah dalam muamalahmu.

Biar…lautan kisah sekali lagi melaung buat dunia,
Bahawa kita masih punya….wira perkasa segagah Salahuddin al-Ayubi atau sehandal Tariq az-Ziyad.
Bahawa kita masih punya….srikandi mulia setabah Masyitah atau sezuhud Fatimah az-Zahra.

No comments: